study..? lecturer?

ASSALAMUALAIKUM WBT… THE BEST JOB IN THE WORLD IS……….OF COURSE STUDY!!! Ya..memang betul. Belajar adalah benda yang paling seronok kat dunia ni. Kerana kita tahu, yang membezakan kita antara dengan yang lain adalah ilmu yang kita ada. Tapi, mengapa ada antara kita yang belajar, tapi apa yang dipelajari tidak sedikitpun membuat nya bahagia. Atau Berjaya cemerlang dalam setiap peperiksaan. Sedangkan ke kelas sama-sama. Belajar sama-sama. Mengapa keputusan selalunya tidak sama bila result dikeluarkan. Mari kita kaji kenapa semua ni berlaku. Ilmu itu sesuatu yang tersangat-sangat mulia. Dan kalau dengan ilmu itu membuat kita menjadi seorang yang bertambah-tambah rendah diri, menjadi seorang hamba yang bersyukur, taat, baik dan lain-lain yang baik, maka ilmu beginilah yang kita mahu kan. ILMU YANG DI DALAM NYA PENUH DENGAN BARAKAH. Tapi, kenapa ada antara kita yang belajar tinggi-tinggi, tapi masih tak mampu menjadi seorang yang baik akhlak, sahsiah, cemerlang zahiriah dan rohaniah, malah menjadi makin teruk, lalai, sukakan keseronokan lagi2 bila dengan kawan. Suka membicarakan yang sia-sia, bukan tentang hal pelajaran. Bila tiba hari peperiksaan, masing2 membuat muka tidak faham, menyesal, menyalahkan soalan exam susah, menyalahkan pensyarah tidak reti mengajar dan macam2…NOBODY YANG AKAN SALAH KAN DIRI SENDIRI!!! Itu yang berlaku kini di mana-mana IPTA/S. Cara belajar tak betul tapi mahu menyalahkan orang lain. Masalah kebanyakan student sekarang ialah MEREKA SUKA MENGATA KEKURANGAN PENSYARAH. Agak saya kesal dengan sikap segelintir mereka yang mempunyai sikap seperti ini. Tidak ada pensyarah yang tidak mahu mengajarkan dengan cara yang paling baik ataupun yang mudah untuk pelajar mereka fahami. Mereka sedaya upaya mendidik kita SEMAMPU MEREKA, bukan semua nak ikut kehendak kita. Sepatutnya kita ikut rentak pensyarah, bukan pensyarah yang ikut rentak kita. Kita yang kene menghormati pensyarah, jaga hati mereka, jaga AIB mereka. Ini tidak, semua dah terbalik. Tidak faham sedikit, sudah salahkan pensyarah 100%. Tidak mencuba langsung untuk mencari inniative lain bagi memahani apa yang tidak difahami. Masing-masing menunggu pensyarah yang datang kepada kita, bukan kita yang pergi kepada pensyarah. TIDAK KISAHLAH SIAPA PUN PENSYARAH KITA, SETERUK MANA PUN DIA MENGAJAR ,APA PUN TAFSIRAN KITA TENTANG MEREKA, APA SAJA KEKURANGAN MEREKA DALAM MENGAJAR, APA SAJA YANG MEREKA LAKUKAN PADA KITA DAN KITA TIDAK SUKA KAN NYA, MAKA, jangan sesekali kita mencuba menceritakan nya atau jadikan nya sebagai satu topic perbualan. Itu kan dah dikira kita membuka aib orang, menceritakan kekurangan orang, itu kan dah dikira mengumpat?? Tidak ada rasa berdosa ke?? Jadi, ingin saya katakan di sini, disebabkan perbuatan kita sendiri, disebabkan hal ini lah salah satu punca kenapa kita punye result tak jugak naik-naik, result tak berapa memuaskan, susah nak paham apa yang di ajar, susah nak paham apa yang soalan minta tuk dijawab…ini semua kerana KEBERKATAN ILMU ITU TIADA. Sepatutnya, kita perlu sedar bahawa seorang guru itu adalah mulia kerana ilmu yang ada pada mereka. Apa yang ada pada kita kalau tidak kita yang ambil ilmu dari mereka?? Tinggi nya darjat seseorang guru itu di sisi ALLAH sehingga dibalas oleh ALLAH, ditarik keberkatan dari kita akibat perbuatan kita yang kita sangka TIDAK SALAH. KITA SANGKA KITALAH YANG BENAR KERANA TIDAK MENDAPAT HAK SEBAGAI STUDENT. Kalau ingin kan hak seperti seorang student, boleh saja. Dipersilakan jumpa mana-mana pensyarah yang kita tidak puas hati, dan BERTERUS TERANG KEPADA MEREKA DAN BERBINCANG. DAN MENGATA BELAKANG ATAU MENCERITAKAN KEPADA YANG LAIN, ITU BUKAN LAH SATU SIFAT YANG TERPUJI TETAPI TERSANGATLAH TERCELA. Sama-sama kita renungkan. Muhasabah diri semula berapa banyak kesalahan kita kepada pensyarah2 kita. Berapa banyak dosa kita pada mereka. Pernah kita minta maaf dengan mereka?? KALAU BENAR PENSYARAH ITU MELAKUKAN KESALAHAN PADA KITA, maka maafkan mereka. Itu lebih baik dari mengata belakang. Biar mereka melakukan silap, tetapi jangan kita yang melakukan hingga mengguriskan hati mereka. LETAKKAN KEDUDUKAN PENSYARAH ITU DI MATA KITA, DI HATI KITA, PADA KEDUDUKAN YANG TINGGI KERANA ILMU YANG ADA PADA MEREKA. BUKAN MEMANDANG PADA KEKURANGAN MEREKA. Tidak ada siapa pun yang sempurna melainkan hanya boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik. Kita belajar, kita mencari ilmu adalah kerana ingin Berjaya pada masa hadapan, ingin menjadi seorang yang cemerlang, bijak, pandai, nak dapat kerja yang besar2, gaji besar, rumah besar, harta banyak… Tapi, harus diingatkan itu bukankah sebab2 utama mengapa kita harus belajar. TANAMKAN DALAM DIRI KITA BAHAWA KITA BELAJAR, KITA MENUNTUT ILMU ADALAH KERANA ALLAH SEMATA-MATA, KERANA INGIN MENCARI REDHA ALLAH, KERANA INGIN MENCARI KEBERKATAN DARI ALLAH. DAN APA YANG KITA BELAJAR SELAMA INI JUGA ADALAH SEBAHAGIAN DARI ILMU ALLAH. BUKAN ILMU DARI MANUSIA. ILMU ALLAH ITU LUAS. JADI, SEBERAPA BANYAK ILMU YANG KITA ADA, JANGAN SOMBONG, JANGAN TAKBUR, JANGAN ANGKUH. KERANA ITU SEMUA DATANG DARI ALLAH. BUKAN DATANG DARI KITA. WAALAHUALAM… MOHON MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN DAN KESALAHA PADA BLOG INI. WASSALAM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.